Monday, September 5, 2016

bencinya jerawat

Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda perlu mengetahui bagaimana jerawat boleh muncul di ruang muka anda.
1. Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang melakukan ini. Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. Apa yang perlu anda buat, cuci muka (dengan cleanser) 2 kali sudah mencukupi iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.
2-Menyental kulit dengan scrub
Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk kerana skin irritation. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3 kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.
3-Tidak membersihkan peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh-peluh. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.
4-Picit jerawat
Ini sangat normal dilakukan bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan parut. Elakkan picit jerawat dengan kuku, gunakan losyen jerawat, untuk kecutkan jerawat . Cari maklumat cara picit jerawat yang betul daripada sumber yang betul.
5-Syampu rambut yang meleleh ke muka
Bersyampu tidak salah. Tetapi apabila syampu rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab syampu mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. Oleh itu, pastikan buih syampu tidak terkena bahagian dahi dan muka.
6-Produk rambut hanya untuk rambut
Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori-pori tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan gel, spray, conditioner dan lain-lain terkena kawasan muka.
7-Makan makanan berminyak
Greasy food boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.
8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan menyebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, pastikan beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic untuk mengelakkan jerawat.
9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu satu tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk mengelakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk mendapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.
10-Menggunakan Whitening Skin Care

Ramai yang kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat.
Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Jadi, kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.


Oleh itu, elakkan menggunakan cara-cara yang tidak dibenarkan di atas bagi mengelakkan munculnya jerawat di wajah anda.
Akhir sekali mungkin cara dibawah ini dapat membantu..
11-Tenangkan hati dan Minda dengan wangian
Apabila Anda rasa stress jerawat akan mudah keluar jadi elakkan rasa stress dalam proses menyembuhkan jerawat dengan memakai wangian yang boleh menenangkan hati dan minda dikala anda stress.Wangian Unisex yang sangat sesuai untuk semua golongan.
boleh lihat disini perfume untuk hilangkan stress https://www.facebook.com/therapyperfume/
testimoni di sini
https://www.instagram.com/dorioleperfume/

Monday, April 6, 2015

Antara 5 jenis makanan mengelakkan kanser


big berry pile

Boleh dikatakan bahawa kes wanita yang mengidap penyakit kanser payudara semakin meningkat pada masa kini. Tidak dinafikan jika penyakit kanser payudara merupakan penyakit turun temurun dalam genetik keluarga, tetapi usaha kita untuk mengelakkannya juga perlu agar risiko untuk terkena penyakit kanser payudara berkurang.

Kini penyakit kanser payudara juga tidak mengenal usia. Bahkan perempuan seawal 20an juga sudah ada yang didiagnos dengan penyakit kanser payudara apabila ia bermula hanya dengan ketulan atau benjolan kecil di bahagian payudara yang dipanggil cyst atau fibroid.

Salah satu faktor yang memainkan peranan dalam mengelakkan risiko penyakit kanser payudara adalah pemakanan. Cara pemakanan haruslah dititik beratkan agar diri sentiasa mengambil makanan yang sihat untuk menjamin kesihatan yang baik berpanjangan.

Ketahui lima jenis makanan yang membantu dalam mengelak penyakit kanser payudara bagi perempuan.

Antaranya ialah:

Beri/strawberry/cranberry
Brokoli
Limau Gedang
Kacang tanah/mentega kacang
Salmon

broccoli03D66685-1024x680Peanutraw fillet of fresh salmon fish

Saturday, April 4, 2015

KISAH BENAR JUTAWAN BURGER


Image result for burger king
Dulunya beliau hanya bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasaraya di ibu kota pada awal 70-an, di mana ketika itu kebanyakan makanan sejuk beku tidak dapat dipastikan status halal haramnya. Mengambil peluang yang ada di depan mata, beliau lantas mendapat idea untuk menghasilkan makanan sejuk beku yang halal untuk memenuhi permintaan umat Islam di Malaysia. Beliau yang seorang bijak merebut peluang dan berpandangan jauh tidak pernah berputus asa walaupun ideanya itu pernah diperlekehkan sesetengah pihak dan juga pihak bank yang tidak yakin dengan kekuatan produk beliau. Namun, sokongan keluarga terutama isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya menjadi pembakar semangat baginya untuk terus berjaya. Berbekalkan dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya.
Walaupun dihimpit pelbagai cabaran dan halangan, namun, berbekalkan keyakinan yang tinggi, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya daripada hanya mengeluarkan daging burger sebanyak 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dalam dunia perniagaan. Antara produk yang bernaung di bawah jenama Ramly adalah daging burger ayam dan daging, rangkaian produk nugget, jejari, sosej dan banyak lagi. Namun begitu, produk burger Ramly masih kekal sebagai produk terlaris dengan sumbangan sebanyak 50 peratus kepada perniagaannya. Bagi memastikan kualiti produknya sentiasa berada di tahap terbaik bagi memenuhi citarasa pelanggannya, Makmal Mikrobiologi Ramly telah ditubuhkan. Tujuan penubuhan makmal ini adalah untuk memastikan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah sehinggalah produk siap) dan selamat untuk dimakan pengguna. Selain itu, makmal yang lengkap dengan peralatan berteknologi tinggi ini juga berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk Ramly.
Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, Haji Ramly kini telah berjaya mengembangkan perniagaannya ke tahap komersial. Syarikat induknya iaitu Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikatnya iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd.  Syarikat telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan atas kecemerlangan dan prestasi baik yang sentiasa ditunjukkan oleh mereka. Pada tahun 2008 pula, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. telah mengambil satu keputusan besar dengan membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Melalui pembesaran kilang ini yang disertakan juga dengan penggunaan teknologi yang lebih baik, dilihat dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga tiga kali ganda dengan kualiti yang sama standardnya.
Antara isu besar yang dihadapi Haji Ramly adalah isu DNA babi di dalam produk Ramly Burger yang heboh diperkatakan suatu ketika dahulu. Hal ini terjadi berikutan sebuah blog yang memaparkan salinan surat dar  Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa  jabatan berkenaan bagi Daerah Yan telah menemui DNA babi hasil kajian terhadap satu sampel produk Ramly Burger di sana. Namun perkara ini telah dinafikan  sekeras-kerasnya oleh Haji Ramly yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly. Dalam surat terbuka  bertarikh 1 Disember 2011, beliau mendakwa bahawa isu ini adalah satu fitnah untuk mensabotaj syarikatnya yang 100% dimiliki oleh keluarga beliau yang beragama  Islam dengan hampir 1,000 kakitangan yang kesemuanya juga beragama Islam. Beliau menambah syarikatnya amat menitik-beratkan soal halal haram dan mempunyai jawatankuasa halal untuk memastikan status halal  produk sebelum dikeluarkan di pasaran
Selain isu DNA babi, syarikatnya juga menghadapi isu dituduh bertukar tangan dengan syarikat bukan bumiputera. Namun, perkara itu telah dinafikan oleh Pengurus Kanan Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Siti Hayu Ramly. Siti Hayu yang juga anak kepada Haji Ramly menyatakan bahawa pegangan syarikat itu tidak pernah dijual kepada mana-mana pihak dan masih kekal di tangan pengasasnya iaitu Haji Ramly bin Mokni. Walau bagaimanapun, khabar-khabar angina yang hangat diperkatakan itu langsung tidak menjejaskan perniagaan Kumpulan Ramly malah permintaan terhadap produknya terus meningkat tahun demi tahun.
Melihat kepada kejayaan yang dicapai oleh Haji Ramly, pasti ada rahsia atau strategi yang menjadi pegangan ahli perniagaan terkemuka ini. Haji Ramly sentiasa berpegang kepada prinsip kejujuran, dan menitikberatkan mutu produk yang dihasilkan. Di samping itu juga, beliau tidak pernah mengambil enteng akan setiap pandangan yang diberikan oleh para pelanggan terhadap produk keluaran syarikatnya. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati pelanggan pasti akan dilayan oleh beliau dengan sebaiknya, malah beliau akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa pelanggan tersebut dalam kadar segera untuk mengetahui masalah yang timbul. Tindakan yang diambil beliau menggambarkan beliau bukan seorang yang cepat melatah pada hal-hal remeh malah menangani masalah yang timbul dengan cekap dan efisyen. Hasil kerja keras beliau selama hampir 30 tahun telah melayakkan beliau dianugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Dato’ pada Disember 2009 daripada Sultan Selangor pada Hari Keputeraan Baginda dan beberapa kali dianobatkan Anugerah Usahawan Terbaik.

Sunday, March 22, 2015

Tips untuk ibu-ibu dalam proses berpantang cara dolu2

Meh kita ikut teknik orang dulu-dulu dalam berpantang:


Yang akak share ni cara saya sendiri dalam penjagaan berpantang dan hasilnya sampai sekarang badan Alhamdulillah rasa kuat.

Biasa kalau jumpa sahabat-sahabat lama selalunya soalan yang di tanya macammana jaga badan masih macam dulu.nampak muda je lagi..hihi..

Rahsianya tenangkan hati,sabarlah wahai hati,banyakkan istiqfar di atas kesilapan yang setiap hari kita lakukan.

Selama lebih 10 tahun saya terlibat di dalam dunia SPA,pelbagai cerita suka dan duka pengalaman yang di kongsi  bersama pengunjung yang hadir

Bukan sekadar tempat merawat diri tetapi sebaliknya kita bersama-sama berkongsi pengalaman dan nasihat dalam menaiktaraf diri sendiri dan juga hubungan sesama manusia secara am nya.

Bila masuk bab berkongsi tips dalam proses berpantang saya akan kongsikan apa yang saya lakukan dan hasilnya saya rasa sehingga kini.Alhamdulillah.Syukur kepada Allah.

Ini antara yang boleh saya kongsikan:

1) Bila kita di fahamkan yang kita dibenarkan pulang,pastikan kita memakai bengkung untuk mengelakkan gegaran pada bahagian peranakan(kan peranakan masih tak selesa)sewaktu kita naik kereta@apa sahaja kenderaan untuk balik ke rumah.
cuba lah.pasti akan rasa lebih selesa.

2) Pastikan temujanji dengan juru urut yang berpengaaman di buat lebih awal dan segera maklumkan tarikh untuk berurut sebaik-baiknya sehari selepas keluar Hospital.
Tujuan nya kita tak nak badan makin lemau kena angin..hihi..cam biskut lak kan.Jadi cepat2 lah berurut.Darah akan lebih lancar  dan badan akan rasa lebih selesa.Jangan lupa sebelum berurut mandi air rebusan daun dahulu.

p/s:orang yang amalkan berurut ni awet muda..ye ke?ye kot?ye le tuh..hihi

3) Sewaktu dalam proses berurut selama 3 hari berturut2, teruskan bertungku di awal pagi sekitar kul 6.30 pagi dan mandi air daun seperti daun serai wangi,daun jambu batu,daun inai,halia muda,daun pandan,temu kunci,lengkuas dan pelbagai lagi daun yang boleh dijadikan air rebusan mandian setiap pagi selama proses berpantang.

Bila sebut tentang bertungku ni..ini lah rahsia nya perut tak buncit. Teknik bertungku kena betul bukan sekadar letak2 je atas perut tapi mesti di buat sedikit tekanan seolah2 seperti bersengkak sewaktu proses naikkan peranakkan yang di buat oleh juru urut yang bertauliah.
Tekanan tungku perlahan sahaja ye.

4) Pastikan memakai pilis di dahi..kalau lupa beli buat sendiri dari kulit kayu manis,jadikan serbuk @beli di kedai bakery dah sedia ada dalam bentuk serbuk. Bancuh dengan air suam cair-cair je,sbb panas sapu di dahi tujuan untuk keluarkan angin bahagian kepala dan elakkan pening.  

5) Minum air rebusan akar kayu buat cair- cair sahaja.                     

6) Seharusnya makan kena jaga ye..
makan yang berkhasiat dan tidak berbisa

7) Rileks kan minda dalam keadaan yang tenang walau apa yang berlaku sewaktu dalam proses ini.

ok itu sahaja setakat ini..selamat berpantang.


                     




Monday, December 8, 2014

Hany Serum Oil Pigmentation



ACTIVE VITAMIN E

Kesan boleh di lihat seawal 3 hari mengikut tahap kondisi kulit.

~Tanpa Pengelupasan
~Tanpa bahan kimia
~Membantu memudarkan jeragat
~Mencerahkan warna kulit
~Menegang dan Menganjalkan Wajah
~Membantu mengecut jerawat dan memudarkan
  parut