Yang akak share ni cara saya sendiri dalam penjagaan berpantang dan hasilnya sampai sekarang badan Alhamdulillah rasa kuat.
Biasa kalau jumpa sahabat-sahabat lama selalunya soalan yang di tanya macammana jaga badan masih macam dulu.nampak muda je lagi..hihi..
Rahsianya tenangkan hati,sabarlah wahai hati,banyakkan istiqfar di atas kesilapan yang setiap hari kita lakukan.
Selama lebih 10 tahun saya terlibat di dalam dunia SPA,pelbagai cerita suka dan duka pengalaman yang di kongsi bersama pengunjung yang hadir
Bukan sekadar tempat merawat diri tetapi sebaliknya kita bersama-sama berkongsi pengalaman dan nasihat dalam menaiktaraf diri sendiri dan juga hubungan sesama manusia secara am nya.
Bila masuk bab berkongsi tips dalam proses berpantang saya akan kongsikan apa yang saya lakukan dan hasilnya saya rasa sehingga kini.Alhamdulillah.Syukur kepada Allah.
Ini antara yang boleh saya kongsikan:
1) Bila kita di fahamkan yang kita dibenarkan pulang,pastikan kita memakai bengkung untuk mengelakkan gegaran pada bahagian peranakan(kan peranakan masih tak selesa)sewaktu kita naik kereta@apa sahaja kenderaan untuk balik ke rumah.
cuba lah.pasti akan rasa lebih selesa.
2) Pastikan temujanji dengan juru urut yang berpengaaman di buat lebih awal dan segera maklumkan tarikh untuk berurut sebaik-baiknya sehari selepas keluar Hospital.
Tujuan nya kita tak nak badan makin lemau kena angin..hihi..cam biskut lak kan.Jadi cepat2 lah berurut.Darah akan lebih lancar dan badan akan rasa lebih selesa.Jangan lupa sebelum berurut mandi air rebusan daun dahulu.
p/s:orang yang amalkan berurut ni awet muda..ye ke?ye kot?ye le tuh..hihi
3) Sewaktu dalam proses berurut selama 3 hari berturut2, teruskan bertungku di awal pagi sekitar kul 6.30 pagi dan mandi air daun seperti daun serai wangi,daun jambu batu,daun inai,halia muda,daun pandan,temu kunci,lengkuas dan pelbagai lagi daun yang boleh dijadikan air rebusan mandian setiap pagi selama proses berpantang.
Bila sebut tentang bertungku ni..ini lah rahsia nya perut tak buncit. Teknik bertungku kena betul bukan sekadar letak2 je atas perut tapi mesti di buat sedikit tekanan seolah2 seperti bersengkak sewaktu proses naikkan peranakkan yang di buat oleh juru urut yang bertauliah.
Tekanan tungku perlahan sahaja ye.
4) Pastikan memakai pilis di dahi..kalau lupa beli buat sendiri dari kulit kayu manis,jadikan serbuk @beli di kedai bakery dah sedia ada dalam bentuk serbuk. Bancuh dengan air suam cair-cair je,sbb panas sapu di dahi tujuan untuk keluarkan angin bahagian kepala dan elakkan pening.
5) Minum air rebusan akar kayu buat cair- cair sahaja.
6) Seharusnya makan kena jaga ye..
makan yang berkhasiat dan tidak berbisa
7) Rileks kan minda dalam keadaan yang tenang walau apa yang berlaku sewaktu dalam proses ini.
makan yang berkhasiat dan tidak berbisa
7) Rileks kan minda dalam keadaan yang tenang walau apa yang berlaku sewaktu dalam proses ini.
ok itu sahaja setakat ini..selamat berpantang.
